Bagaimana untuk mengambil bahagian dalam JOTI melalui e-mel Sekiranya anda tidak mempunyai akses ke IRC atau or WWW, anda masih boleh mengambil bahagian dalam JOTI. JOTI merupakan perjumpaan Pengakap di Internet, dan Internet bukan saja merangkumi WWW atau IRC, tetapi juga e-mel. Berikut merupakan beberapa petua untuk diingati jika anda bercadang untuk mengambil bahagian dalam JOTI melalui e-mel. Mulakan dengan awal Pertama sekali adalah penting untuk berhubung dengan kumpulan lain seawal yang boleh, ini bermaksud sebelum hujung minggu JOTI yang sebenar. Anda perlu mengumpul alamat e-mel kumpulan lain sebelum hujung minggu JOTI agar anda boleh bermula berkomunikasi terus dan tidak membuang masa untuk mencari kumpulan lain. Untuk mendapatkan alamat e-mel kumpulan lain, carikan dalam Pengkalan Data Perhubungan kami. Tentu sekali, sekiranya anda bercadang untuk menambahkan hubungan kumpulan JOTI anda melalui e-mel, kami menggalakkan agar anda menambahkan kumpulan anda kepengakalan dataini juga Jangan gunakan alamat e-mel biasa anda Perkara yang perlu diingati adalah anda tidak ingin menerima e-mel yang banyak dalam peti e-mel biasa anda selepas JOTI, dimana anda tidak bertanyakannya. Untuk memastikan peti e-mel biasa anda bebas daripada ancaman ini, kami menggalakkan agar anda membuka satu e-mel JOTI-saja yang berasingan dengan e-mel percuma yang boleh didapati dengan mudah. Anda boleh mendapatkan akaun e-mel PERCUMA daripadaGMX, Bigfoot dan Yahoo. | ![]() |
![]() ![]() |